Khutbah
ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung
Arafah :
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak
kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua
selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada
hari ini.
Wahai manusia, sepertimana
kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah
jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa
sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh
itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama
kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara
besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara
kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu
mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan
hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian
dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan
pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah
mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai
kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah
di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan
kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa
setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua
adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali
dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu
hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu
kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul
yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh
itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah
aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya
kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan
SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula
kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari
mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya
telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
copy dr sini ....



























