Tuesday, January 31, 2012

Cari Tiga Perbezaan~!

cuba cari tiga perbezaan kat dalam gamabar ni~
kalau kowang jumpe, seyes kowang memang hebat gile~ tak tipu~
klik sini kalau nak gambar lebih besar~
tapi tak payah la besa2..



Dialog- dialog yang sengal~ -.-


LELAKI : Doktor ... saya tertelan duit syiling .
DOKTOR : APAA ..!!!!? BILA !?
LELAKI : beberapa bulan lepas .
DOKTOR : HAHH .!!! kenapa sekarang baru datang ?!!!
LELAKI : saya amat perlukan duit syiling tu sekarang .
DOKTOR : #$%^& kalau saya lempang awak jangan tanya sebab apa ._____.
________________________________________________________________

Amri : whats up bro!!
Imran : Whats up!!
Amri : Jom pekena pasemboq..
Imran : Jom..

Ketika di kedai makan Imran terus minum air yang berada didepannya dan terus menyembur air yang dimulutnya ke arah Amri

Amri dengan berang bertanya”Napa hang semboq aku hah??
Dengan selambernya Imran menjawab “Kata nak pas semboq"
________________________________________________________________ 

Adik : Abang, once again tu ape?
Abang : Sekali lagi.
Adik : Once again tu ape?
Abang : Apa ke benggang ko ni?! aku cakap sekali lagi!!!
Adik : Abang, once again tu ape?
Abang : Kalau abang lempang kamu, jangan tanya kenapa!!!
________________________________________________________________

Syahir : Ibu, 1...2...3...4...5...6...7
Ibu : Eh, anak ibu dah pandai kira. Pandai anak ibu!
Syahir : Syahir lapar lah ibu. Nak makan ni!
Ibu : Lah, kalo lapar, cakap lah lapar. Kenapa pergi kira pulak.
Syahir : Sebab hari tu, bibik ada cakap kat Syahir, "Waduh ini anak! Lain kali, kalu kok mau makan, bilang!"
________________________________________________________________

Situasi: kedai runcit kampung.Ada seorang budak mahu beli
gula..

Budak : Auntie!! ada gula kah?
Auntie : Ada.. sana tu (sambil menunjuk tempat)..
Budak : Tiada pun.. garam sama belacan saja ni...
Auntie : Ada pun.. (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis Garam..) ..
Budak : Auntie!! saya mahu gula bukan garam...
Auntie : Gula la ni.. tapi saya sengaja tulis garam supaya itu semut tidak nampak..!
________________________________________________________________

Pakwe : Saya suka gigi awak..
Makwe : Oh really.. why dear ?
Pakwe : sebab "kuning" warna kegemaran saya so sweet..... ^_^
________________________________________________________________

Kisah Boy dan Girl

boy : aku akan buat ko cakap " i love u".
girl : tak mungkin !
boy : ok, kita tengok...cakap ' ketam masak kicap '.
girl : ketam masak kicap !
boy : cakap ' power rangers merah demam '.
girl : power rangers merah demam !
boy : berapa umur ko ?!
girl : 23...
boy : haa,kan aku dah berjaya buat ko bagitau umur ko.. :D
girl : grrr!!...tadi ko cakap nak buat aku cakap " i love yOu "... huhh!!
boy :Hah!! tu ko baru je ko cakap.. hahaha!!!
girl : errrrkkk!! bencii!!!!
________________________________________________________________

Profesor:apakah simbol Kimia bagi barium
pelajar: BA
Profesor: Baik. Untuk natrium?
Pelajar: NA
Profesor: Sangat Baik. Apa yang akan kita dapat jika 1 atom BA & 2 atom NA digabungkan?
pelajar: BANANA prof!!!
Profesor: kepale hotak hang!!!!
________________________________________________________________

Anak : Ayah, mak nak minta cerai!
Ayah: Ape? (terus pegi dapur) Syg kenape sanggup wat abg mcm ni? Dah la suruh anak kasi tau plak tu?! Apa salah abg?
Emak: Ape hal dengan abang ni? (muka kehairanan)
Ayah : Syg blh tanya lg ape hal kat abg? Yang sayang minta cerai tu knape? Siap pesan pade anak lg..
Emak : Abg ni emo xtentu pasal ni kenape? Syg minta SERAI bukan CERAI. Dah pergi amik kan serai,sayang nak masak ni..
Ayah : Hoho..Tak ingat,,anak kita tu pelat!!
________________________________________________________________

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar
sebagai ibunya.

Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya..
________________________________________________________________

Sunday, January 29, 2012

LUAHAN HATI SEEKOR KUCING


manusia~ walaupun kami hanya seekor binatang, tapi kami juga makhluk tuhan. jangan pandang kami sebelah mata. jangan nak suke herdik2 kami.. kami bukan minta simpati. hanya minta diri dibelai dan dimanja. kerna kami juga punya perasaan. kami bukan tempat lepas geram. badan kami x kebal untuk terima segala kekerasan. 


http://fc01.deviantart.com/fs13/f/2007/077/2/e/Animator_vs__Animation_by_alanbecker.swf

peribahasa rosak


Peribahase rosak

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, 
terlajak kapal terbang takde gear reverse ..sori ar..

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.


3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.


4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.


5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, 

suami mati meninggalkan hutang.
 (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)


6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)


8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada 

     beruk atas pokok tu.



9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)


11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.


12. Biar korek hidung jangan korek tabung.


13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.


14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.


15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan

 sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......



17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu

 lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan
.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....


21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.


22. Carik-carik bulu ayam lama-lama ja
di bulu tangkis badminton, 
       pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang 

       tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang 

       gunakan tangan....



25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak
       tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung 

       tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang r
eport polis.

28. Berap
a berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk
        acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk 

       Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jaru
m yang patah jangan disimpan di dalam peti, 
      buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi,

      kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)



32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba 
      makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.


34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, 

       buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gela
s, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...


Saturday, January 28, 2012

2 JENAKA PENDEK :D (part-1)

1) NENEK YANG KUANG AJO -.-'

Didalam sebuah bas yang ondeway dari batu pahat ke kL .. dudok sorang pemude  dibelakang kerusi penumpang sorang nenek .. Si nenek memicit-micit kepalenye ...
“Nape nie nek. Pening ek ?” tanye pemude tersebut.
“Ya nak, rasenye kepale pening, perut mual, rase cam nak muntah,” jawab nenek ..
"Nenek nak pape tak ? ade pape yang boley saye bantu ? " tanye pemude dengan rase simpati .. 
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar ? ”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”







2) AGAK MEMALUKAN DISITU =_='


Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...
"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"
Pelajar itu menjawab..
"Okey.. boleh saja...!"
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"
"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan..."... Sebenarnya saya adalah penjaga gol !!! eeerrrr -.-' "



 
Blog Template by Delicious Design Studio