Friday, January 13, 2012

Resepi Kek Batik



hari ini kita belajar cara-cara membuat kek batik. penyediaannya sangat mudah dan bahan-bahannya juga sangat mudah diperolehi. rasanya pula sangat meliurkan. marilah kita sama-sama mencuba membuat kek yang sangat mudah ini. sila baca sampai habis dahulu sebelum mencuba. :)

Bahan-bahannya:

1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter (125g)
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula


** milo dan koko tu terpulang pada citarasa. nak rasa cokelat yang kuat, guna 1 cwn koko+1/2 cwn milo. kalau nak rasa yang agak mild, guna 1cwn milo+1/2 cwn koko.
** air mengikut keperluan. hanya untuk melarutkan koko dan milo sahaja. kalau terlebih air, nanti kek akan cair.



Cara-caranya:


  1. Patah-patahkan biskut marie kepada 2 atau 4 bahagia 
  2. Kemudian ambil periuk, campurkan koko, milo, air, gula dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. Masukkan butter, kacau sampai butter cair
  4. Kecilkan api, masukkan telur, kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat). padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalau nak byk cokelat guna sedikit sahaja)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang
ok dah siap. mudah je kan nak buat dia. Selamat mencuba~!

kalau dah cuba, boleh share kat sini. :D

No comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio