
sedapnyer!!! kek yg plg sedap di alam semsta~~ lalalala.. da lame ngidam...smpai skrg x dpt2 gak....superhero pon x de nak hntarkan....tp supermak ttp ade~~supermak pasti wt utk ank kesygn die..... HIHIHI...
RESEPI KEK KELADI
Bahan-bahan
Untuk Kek
• 400 gram sponge cake mix (perisa vanilla)
• 5 biji telur (A@ B)
• 1/2 sudu besar ovellatte
• 40 ml air
Untuk topping keladi
• 1/2 kg keladi (lebih kurang lah)
• 1/2 cawan gula
• 3 biji telur
• 5 sudu tepung gandum
• 120 gram santan pekat
• 20 gram tepung jagung
• 300 ml air
• 25 gram gelatin
• Beberapa titik pewarna ungu• 1/2 sudu teh garam
• Kelapa kering sebagai hiasan
Cara Memasak
Untuk Kek
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah selama 15minit.
2. Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang.
3. bakar pada suhu 170 darjah selama 40 minit.
4. Setelah kek masak, simpan didalam peti ais selama 3-4 jam.
5. Kemudian , Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
Topping keladi
6. Kupas keladi dan potong kecil. Masukkan air dalam periuk dan rebus hingga empuk.
7. Selepas itu, blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk. Campurkan santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin,pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
8. Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.
9. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulanguntuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
10. Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.
11. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.

~~im waiting for this cake~~

so cute~!!
ReplyDeletetp kek xcute~ LOL
lol.... hahaha
ReplyDelete